Selasa, 29 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...


     Hehehe...mungkin dah lambat nak post citer pasal Maulidur Rasul ni..tapi tak pelah...i tetap nak citer jugak..heheheh...tak sempat nak update aritu...ada budak chuymeity kacau..pantang tengok mama dia menghadap PC..dia pun tumpang sekaki...hehehhe...last2 biar mcm tu jer..My hubby aka Bak..sebelum subuh dah kuar rumah..sebab terlibat ngan perarakan Maulidur Rasul kat Putrajaya under jabatan dia...

Bak n Khairul Nizam....di pagi sambutan Maulidur Rasul..
Bak punya team....Bak tak de dlm pic..
     Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:


WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH 
sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim)

Tokoh Maulidur Rasul tahun ini adalah:

PENERIMA anugerah bergambar bersama selepas menerima trofi dan sijil pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. Berdiri dari kiri: Nik Safiah Abdul Karim, Nooh Gadut, Muhammad Fitri Abdullah, Che Wan Alias Wan Abdullah, Mohd. Zaman Khan, Mohd Bakir Mansor, Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. Duduk dari kiri: Anis Abot dan Khairunnisaq Khairuddin
Anugerah Perdana Maulidur Rasul :
Bekas Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan Bekas Mufti Negeri Sarawak Datuk Seri Anis Abot

Selain Datuk Seri Anis Abot, seramai lapan tokoh lagi terpilih menerima anugerah. Antaranya:

  • Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; 
  • Timbalan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan; 
  • Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam, Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Abdul Karim 
  • Penasihat Syariah, Pusat Fiqh Muamalat, Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, Mohd. Bakir Mansor.
  • Pengurus Besar Pembangunan Kandungan dan Penyelidikan Program Al Hijrah Media Corporation, Che Wan Alias Wan Abdullah
  • Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.
  •  Khairunnisaq Khairuddin - pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, Kota Tinggi dan penerima Anugerah Murid Cemerlang Calon Berkeperluan Khas (CBK) Fizikal yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012.














Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...