Isnin, 6 Disember 2010

Milk Booster part 1....

     Arini saya nak berkongsi pengalaman mengenai Milk Booster yang saya minum bagi menambahkan susu badan..saya juga seperti ibu di luar sana..adakalanya saya sangat risau mengenai production susu badan saya untuk si bintang hati saya ni..sama ada saya dapat menyusukan bintang hati saya sehingga 6 bulan pertama atau tidak...dan seterusnya sehingga 2 tahun  seperti yang tertulis dalam kitab suci Al-Quran..saya bersyukur sangat...sejak lahir bintang hati saya ini...tidak pernah lagi dia disuapkan dengan susu formula...bintang hati  saya diberikan susu badan ketika saya masih berada dalam wad bersalin lagi setelah  doktor menyelesaikan tugasnya (kerja jahit-menjahit..hehehe)..Trima kasih sesangat kepada nurse2 di PPUM...mungkin sebab utamanya ialah bintang hati saya menghidapi G6PD...doktor menyarankan saya menyusukan bintang hati saya sekerap yang boleh..bagi mengelakkan kuning (jaundice) datang dengan cepat atau serta-merta...sebab salah satu simpton bagi baby G6PD sekiranya tidak dipantau dengan lebih teliti ialah baby akan mendapat kuning dengan serta-merta, pucat, demam..dan yang paling saya takuti ialah air kencing baby berdarah atau berwarna teh pekat...oklah...apa itu G6PD..akan saya cerita di entri akan datang k...

       Berbalik pada topik kita kali ini...Rentetan daripada kerisauan terhadap production susu yang tak menentu..saya berusaha membuat sedikit research di pelbagai web..blog..etc..untuk mendapatkan info mcm mana nak meningkatkan production susu badan...hehhehe...banyaknya info saya dapat...tapi kebanyakkan menyatakan keberkesanannya bergantung pada empunya badan masing-masing...tak semua serasi dengan badan kita...oleh yang demikian,..saya amik keputusan untuk mencuba beberapa tips yang saya perolehi dari research yang saya buat...Yang pertama saya cuba adalah makan lobak putih...pelbagai jenis masakan yang menggunakan  lobak putih saya buat..tapi hasilnya kurang memberangsangkan...kemudian saya cuba pula dengan Halba @ fenugreek...butiran kecil  yang berwarna coklat dan mempunyai bau yang sangat wangi..
Inilah rupanya Halba..
saya mencubanya semasa dalam pantang...apa saya buat..saya ambil dalam satu sudu halba ..kemudian saya rebus..dan air rebusan tu saya minum (rasanya...yaksss...seriously, tak sedap langsung..hehehe)..dan hasilnya..hmm..tak memberangsangkan..mungkin tak serasi dengan badan kot...

   Kemudian, saya cuba pula minum air tin Longan dan Kurma (Longan Red Date) brand SEASON...

Longan Dan Kurma Brand SEASON
      Fuuh...dalam pukul 8.00 mlm saya minum...saya dapat rasakan yang B saya mula membengkak dalam pukul 11.00mlm..keliling aerola saya mula ada rasa sakit sikit..Then dalam pukul 3.00 pagi, saya terpaksa bangun..bukannya nak bagi susu pada bintang hati saya ..tetapi saya terpaksa mengepam keluar susu di badan saya kerana kesakitan daripada bengkak B saya yang sungguh menusuk..hehehe..dan hasilnya..TaRAaaa....

Pertama kali dapat dekat 7 Oz pada 1 sesi... :->

   Alhamduilillah..rezeki bintang hati saya..tapi suami saya kata rezeki dia jugak..hehehe.hari itu, saya dapat mengepam dalam 19oz -20oz buat pertama kali dalam masa satu hari sehingga pukul 12 tghmalam..biasanya dalam 12oz - 13oz jer...ini bermakna saya dah jumpa Milk Booster pertama yang bersesuaian dengan badan saya...Misi pertama saya sudah berjaya...selepas ini, saya nak cuba petua yang lain pula...contohnya sengkuang cina..pegaga dan lain-lainlah..Mulanya saya takut jugak nak mencuba..takut bengkaknya tak surut..tapi selepas satu hari sesi membengkak, esoknya sudah kembali normal..apa yang saya perasan...productionnya semakin meriah...tidak seperti sebelumnya...yang kelakarnya setelah selesai satu masalah..masalah lain pula yang datang...hehehe...nak tahu tak apa masalah selepas tu...masalah menyimpan stok EBM yang makin bertambah...hahhaha...freezer kat rumah dah makin penuh..tak tahu nak sumbat kat mana lepas ni..harap2 adalah rezeki nak sambar deep freezer satu kat kedai...Bak, mama mintak tolong ye...tolong belikan Deep Freezer satu ya...hehehe...oklah..sekian untuk kali ini...wasalam..



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...