Khamis, 9 Disember 2010

Kekurangan G6PD (G6PD Deficient)..Bahagian "1"...

  Terlebih dahulu....Salam Maal Hijrah diucapkan kepada seluruh umat Islam khasnya...Alhamduilillah...azam yang saya tanam pada awal tahun lepas telah pun tertunai...kini saya menutup buka lama dan memulakan dengan azam yang baru..moga2 azam yang saya tanam untuk tahun baru ni dapat tertunai dengan jayanya..apa yang saya azamkan dan inginkan..biarlah ia menjadi rahsia antara saya dengan yang maha ESA...moga2 dipermudahkan...amin..

   Seperti yang telah saya janjikan...kali ini saya akan memberi serba sedikit info mengenai G6PD yang dihidapi bintang hati saya yang dialaminya sejak lahir lagi...
Malam ke-2...Jaundice mula kelihatan di muka Harith..
Jemur di bawah lampu Lullaby pada hari ke-3..
       Hari pertama..dalam jam 2 petang..saya didatangi seorang doktor kanak-kanak..dan memaklumkan kepada saya dan suami mengenai kekurangan yang dialami oleh bintang hati kami....Menurut beliau.....sambil memberikan kami risalah mengenai G6PD.....G6PD bukanlah sejenis penyakit..Di dalam badan Bintang hati kami hanya kekurangan enzim yang dinamakan G6PD..nama penuhnya..ialah Glucose 6 Phosphate Dhydrogenes..Bintang hati kami perlu ditahan di wad selama 10 hari yang mana ianya perlu dipantau doktor dengan lebih teliti selama mana bintang hati kami berada di wad...saya tertanya kenapa bintang hati saya perlu ditahan selama 10 hari..Jaundice bagi baby G6PD akan kelihatan dengan cepatnya pada hari ke-3 dan hari ke-9...Oleh yang demikian, doktor terpaksa menahan bintang hati saya selama 10 hari untuk dipantau poponya..kencingnya..demamnya dan penyusuannya...

        Malam kedua, semasa saya menyusukan bintang hati saya..saya dapati warna kulit di muka bintang hati saya tidak sekata..pada fikiran saya, ni mesti jaundice bintang hati saya dah nak mula keluar...nak kata pucat..bukan pucat..lalu saya pun panggilkan nurse untuk lihat keadaan anak saya..dan tekaan saya adalah benar..nurse meminta saya menyusukan bintang hati saya sekerap yang boleh bagi memastikan antibodi daripada susu saya dapat diberikan kepada bintang hati saya sebagai ubat kepada jaundice yang dialami bintang hati saya...dan malam itu, saya tidak boleh nak tidur kerana kerisauan yang tidak dapat nak dibendung..
    
       Keesokannya..pagi-pagi lagi..nurse yang sama datang mengambil bintang hati saya untuk diambil darahnya..dan pada sebelah petangnya..bintang hati saya terpaksa tidur di bawah lampu lullaby (gelaran bagi lampu Fototerapi di wad tersebut sebab nama brand alat tersebut adalah lullaby)..Bintang hati saya kegelisahan tidur di bawah lampu lullaby..mungkin kerana kepanasan yang datang dari lampu tersebut membuatkan bintang hati saya tidak berasa selesa dan terkapai-kapai di atas katilnya..tak sampai hati saya tengok keadaan bintang hati saya begitu...lalu saya angkat dia dan baringkan dia di sebelah saya...hehehe..dengan saya sekali tidur di bawah lampu lullaby tu...hehehe...sebenarnya tak boleh...saya siap ditegur oleh seorang patient yang bertanyakan pada saya..yang saya ni tak takut sunburn ker nnti,,,,hehehe...biarlah sunburn pun, asalkan anak saya  berasa  selesa dan saya dekat dengan dia... sambil2 tu boleh bagi susu direct secara baring..tak payah nak bangun banyak kali..

       Sekali lagi bintang hati saya diambil darahnya pada keesokkan harinya...dan keputusannya...doktor kata hari ini tak payah tidur bawah lampu lullaby lagi dah...darah dah ok...Alhamduilillah..usaha saya direct breastfeeding sekerap  yang boleh..membuahkan hasil..bintang hati saya beransur pulih dengan cepat..sedangkan patient yang menegur saya tempoh hari...anaknya terpaksa tidur di bawah lampu lullaby untuk jangka masa yang agak lama pada saya..iaitu lebih kurang 3 hari lebih... Walaupun bintang hati saya nampak sihat sepenuhnya, saya terpaksa duduk lagi di hospital selama  6 hari...memandangkan prosedur hospital harus diikuti bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku pada bintang hati saya..(sebenarnya saya juga sakit masa berada di hospital..nnti saya ceritakan di entri lain ye..:-))..

       Kami berdua dibenarkan pulang ke rumah pada hari ke-9...memandangkan ujian darah yang dibuat pada hari ke-9..tidak menunjukkan simptom2 jaundice....saya rasa gembira sangat sebab dapat balik ke rumah..Rumahku Syurgaku...akan tetapi sebelum itu, saya telah dimaklumkan oleh doktor supaya  menjaga segala benda2 yang perlu dielakkan dan dijauhkan dari bintang hati saya supaya tidak mendatangkan mudarat pada si kecil saya...antaranya ialah jauhi KACANG PARANG (tak boleh makan dan sentuh)...segala jenis UBAT GEGAT...segala jenis UBAT NYAMUK...segala jenis UBAT-UBATAN TRADISIONAL seperti Jamu (no Jamu dalam pantang ye...kesiankan saya)., ubat senseh dan sebagainya...serta MEMBERI UBAT-UBATAN SENDIRI TANPA ARAHAN DOKTOR...
kacang parang..(Fava Bean)

Ubat Gegat (Naphthalene-Moth Ball)

     Doktor juga berpesan pada saya agar saya membuat salinan yang banyak pada risalah yang diberikan dan memaklumkan pada doktor lain, cikgu sekolah dan orang berkenaan agar mereka tidak tersalah bagi ubat pada kanak-kanak G6PD terutamanya kepada bintang hati saya..dan apa yang saya pasti...G6PD ini akan dialami bintang hati saya sepanjang hayatnya..kerana tiada rawatan lain yang membolehkan enzim G6PD terbina sendiri dengan banyaknya..

2 ulasan:

Rina Sharif berkata...

skrg ni ramai yang educaated tentng G6PD. insyallah harith akan okay!! =) and since ibunya menyusu badan jadi no problem lah tak amik jamu. dulu rina pun tak amik jamu sebab menyusu badan. takut panas badan baby. alhamdullilah semua ok.

OuR KosMo... berkata...

=) ....ibu bapa zaman sekarang ni maybe familiar tentang G6PD..tapi di kalangan veteran ada yang tak faham mengenai G6PD...jenuh jugak lah nak terangkan..n hopefully badan ni sihat je since jamu sama skali tak dibenarkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...