Isnin, 13 Disember 2010

Kesian Harith..jarinya terluka...

Salam....

        Jumaat lepas saya dah kembali bekerja seperti biasa...banyaknya surat...membukit nak kena baca semuanya...dan bintang hati saya juga...dah mula duduk dekat rumah pengasuh dia...sehingga hari semalam..Harith jadi budak baik...tak banyak meragam...tapi bila balik rumah..aduiya..baik punya dera..Harith buat kat mama dan bak dia..

Tapi hari ini saya dikejutkan dengan panggilan telefon..begini bunyinya..
     
      Anak pengasuh  :   Hello..
                     Saya   :   Hello..ya..sapa ni (sbb nombor telefon tak keluar..yang tertera
                                   kat telefon  ketika itu...UNKNOWN)
      Anak pengasuh  :   Mak potong kuku..darah banyak kuar...pastu tak berenti..
                     Saya   :   Eh..sapa ni...(dalam hati.. saya ingat mak saya kat kampung
                                   ..confuse saya)
      Anak pengasuh  :   Mak potong kuku..darah banyak kuar...pastu tak berenti..
                                  (suara kedengaran mcm cemas sangat)
                     Saya   :   Eh..sapa ni..sapa cakap ni..(saya pula yang cemas lepas tu)
      Anak pengasuh  :   Ni..ni.. Iskandar...Harith.. jari dia berdarah tak berenti..
                     Saya   :   Ya Allah..Harith...darah tak berenti...ok2..akak balik sekarang
                                    ....(Lepas tu baru saya betul2 cuak)


     Nak dipendekkan cerita..saya terus talipon Bak dan bagitau apa yang terjadi...Dan atas nasihat seorang officemate saya (Terima kasih kak Ros)...meminta saya memberitahu pengasuh Harith supaya menekan tempat yang terluka bagi mengelakkan lebih banyak bleeding  yang berlaku sementara menunggu saya dan Bak balik ke rumah...Hari ini ..saya terpaksa ambil cuti kecemasan...demi bintang hati saya......

    Sampai rumah pengasuh..saya terus bawak Harith ke klinik Famili TTDI...sbb luka Harith bukannya di bawah kuku..tapi sebaliknya..pengasuhnya terpotong kulit jari di tepi kuku tangan Harith..dan darah masih tak berenti kuar semasa saya di rumah pengasuh Harith tadi..rasa nak nangis jer time tu..tapi saya kuatkan semangat..sbb pengasuh Harith dah takut sangat tengok darah tak berenti..dia risaukan Harith..mengenangkan Harith ada G6PD..lagilah dia takut..Tak sampai hati saya nak marah dia..mungkin dia tak sengaja...biasalah ..bukan semua manusia sempurna....mesti ada perkara yang dia terlepas pandang...kalo tak terjadi sekarang..masa depan nnti..kita tak tahu lagi...mungkin berlaku..mungkin tak..dan mungkin lebih dasyat..Nauzubillah...mintalah dijauhkan..

    Sampai klinik...Harith diberikan rawatan kecemasan..mujurlah Harith tak menangis..tak meraung2 kesakitan..kuat sungguh anak mama ni..saya yang rasa nak nangis...takut bintang hati saya tak kuat mcm mama dia..Sebelum rawatan diberikan pada Harith..terlebih dahulu, saya maklumkan pada doktor..yang Harith ni ada G6PD....dan doktor sediamaklum mengenainya..saya bimbang kalo2 doktor salah bagi ubat ke Harith nnti..

      Huish...ni kalo orang tua kena pun sakit..apatah lagi baby..mesti dia lagi sakit..Terpotong pula kat tempat darah buat U-Turn...itulah ngomelan doktor yang merawat Harith...saya dapat rasakan kepedihan yang Harith rasa..sbb saya sendiri pun kadang2 terpotong juga kulit kat jari tangan saya sampai berdarah..hehehe..pedih woooo...menurut doktor di badan kita ni ada 3 tempat darah buat U-turn iaitu..di kepala, di hujung jari tangan dan di hujung jari kaki..sebab itu darah banyak kuar dan lambat berenti sekiranya berlaku bleeding kat tempat2 tersebut....Selesai rawatan...doktor pesan nnti sapu minyak gamat lepas buka balutan kat jari dia..Alhamduilillah...harap2 Harith dah tak sakit..lega hati saya tengok Harith dah nak senyum..kalo tadi muka dia tekeruk-keruk menahan kepedihan..sekarang tak lagi...hehehe...

Kesian Harith...Jarinya Luka...  
Comelnyeerrr...hehehe...
     Betul kata doktor...pengasuh Harith rasa fobia nak potong kuku Harith dah lepas ni..bukannya saya tak nak potong kuku Harith..bagi saya..kuku Harith masih pendek lagi untuk dipotong walaupun orang lain nampak mcm panjang...biarlah..saya tunggu masa yang sesuai untuk potong kuku si bintang hati saya ni..sementara tu Harith pakailah dulu ye sarung tangan yang Mak Long bagi tu ye...Ok?...Nnti mama potong kuku Harith k..Love u Always.. Sayang.. dari Bak dan Mama.. 
Harith suka sangat tido atas perut Bak...
Semalam..buat pertama kalinya  Harith bertemu dengan sepupu2nya...Meriah giler kat rumah...dari kiri: Cika yang serabut, Kakak, Wawa n Ayie...

Khamis, 9 Disember 2010

Cara Susu Formula Mencederakan Lapisan Usus Bayi Anda

Salam semua...

Hari ini saya menerima email daripada seorang ibu yang dikenali sebagai Mommy Lyna iaitu Founder & CEO SusuSihat.com....ceritanya sangat menarik perhatian saya..dan saya ingin berkongsi mengenainya dengan kawan-kawan yang berada di luar sana... : D

Hi nuraida,

Tahu tak sebenarnya usus bayi di bawah umur sebulan ni macam jaring. Ia menyerap apa saja yang melaluinya termasuklah segala kuman dan bacteria; baik ke jahat semua pun dia sapu.

Yang bahayanya, ia mudah bocor! Hanya satu cara saja untuk 'menampal' jaring-jaring itu & mengelakkan kebocoran.

Susu Ibu!

Susu ibu mengandungi "sIgA" yang boleh melapisi usus bayi baru lahir ni sampailah ususnya matang. Kemudian ia menyediakan "pH" atau tahap keasidan yang optimum dalam usus untuk pembiakan bakteria baik spt "Lactobacillus bifidus" yg dapat hidup dengan aman tanpa gangguan bakteria jahat.

Mesti anda pernah dengar nama "Bifidus" dalam satu iklan susu formula kan? Itu kita tak tahu bagaimana dia formulasikan bifidus tu, tapi dengan susu ibu, bifidus yang asli dan tulen sahaja diterima!

Yang bertugas menghalang penjajahan bakteria jahat tu pula namanya "Oligosakarida" dalam susu ibu. Mesti anda pernah dengar juga nama Oligo.. Oligo ni kan.

Jika anda memberinya formula, maka hilanglah lapisan perlindungan dalam ususnya. Tentunya kita tak mahu beri yang second best kepada anak kesayangan kita kan?

Happy Breastfeeding!

Luv,
Mommy Lyna
Founder & CEO SusuSihat.com

Kekurangan G6PD (G6PD Deficient)..Bahagian "1"...

  Terlebih dahulu....Salam Maal Hijrah diucapkan kepada seluruh umat Islam khasnya...Alhamduilillah...azam yang saya tanam pada awal tahun lepas telah pun tertunai...kini saya menutup buka lama dan memulakan dengan azam yang baru..moga2 azam yang saya tanam untuk tahun baru ni dapat tertunai dengan jayanya..apa yang saya azamkan dan inginkan..biarlah ia menjadi rahsia antara saya dengan yang maha ESA...moga2 dipermudahkan...amin..

   Seperti yang telah saya janjikan...kali ini saya akan memberi serba sedikit info mengenai G6PD yang dihidapi bintang hati saya yang dialaminya sejak lahir lagi...
Malam ke-2...Jaundice mula kelihatan di muka Harith..
Jemur di bawah lampu Lullaby pada hari ke-3..
       Hari pertama..dalam jam 2 petang..saya didatangi seorang doktor kanak-kanak..dan memaklumkan kepada saya dan suami mengenai kekurangan yang dialami oleh bintang hati kami....Menurut beliau.....sambil memberikan kami risalah mengenai G6PD.....G6PD bukanlah sejenis penyakit..Di dalam badan Bintang hati kami hanya kekurangan enzim yang dinamakan G6PD..nama penuhnya..ialah Glucose 6 Phosphate Dhydrogenes..Bintang hati kami perlu ditahan di wad selama 10 hari yang mana ianya perlu dipantau doktor dengan lebih teliti selama mana bintang hati kami berada di wad...saya tertanya kenapa bintang hati saya perlu ditahan selama 10 hari..Jaundice bagi baby G6PD akan kelihatan dengan cepatnya pada hari ke-3 dan hari ke-9...Oleh yang demikian, doktor terpaksa menahan bintang hati saya selama 10 hari untuk dipantau poponya..kencingnya..demamnya dan penyusuannya...

        Malam kedua, semasa saya menyusukan bintang hati saya..saya dapati warna kulit di muka bintang hati saya tidak sekata..pada fikiran saya, ni mesti jaundice bintang hati saya dah nak mula keluar...nak kata pucat..bukan pucat..lalu saya pun panggilkan nurse untuk lihat keadaan anak saya..dan tekaan saya adalah benar..nurse meminta saya menyusukan bintang hati saya sekerap yang boleh bagi memastikan antibodi daripada susu saya dapat diberikan kepada bintang hati saya sebagai ubat kepada jaundice yang dialami bintang hati saya...dan malam itu, saya tidak boleh nak tidur kerana kerisauan yang tidak dapat nak dibendung..
    
       Keesokannya..pagi-pagi lagi..nurse yang sama datang mengambil bintang hati saya untuk diambil darahnya..dan pada sebelah petangnya..bintang hati saya terpaksa tidur di bawah lampu lullaby (gelaran bagi lampu Fototerapi di wad tersebut sebab nama brand alat tersebut adalah lullaby)..Bintang hati saya kegelisahan tidur di bawah lampu lullaby..mungkin kerana kepanasan yang datang dari lampu tersebut membuatkan bintang hati saya tidak berasa selesa dan terkapai-kapai di atas katilnya..tak sampai hati saya tengok keadaan bintang hati saya begitu...lalu saya angkat dia dan baringkan dia di sebelah saya...hehehe..dengan saya sekali tidur di bawah lampu lullaby tu...hehehe...sebenarnya tak boleh...saya siap ditegur oleh seorang patient yang bertanyakan pada saya..yang saya ni tak takut sunburn ker nnti,,,,hehehe...biarlah sunburn pun, asalkan anak saya  berasa  selesa dan saya dekat dengan dia... sambil2 tu boleh bagi susu direct secara baring..tak payah nak bangun banyak kali..

       Sekali lagi bintang hati saya diambil darahnya pada keesokkan harinya...dan keputusannya...doktor kata hari ini tak payah tidur bawah lampu lullaby lagi dah...darah dah ok...Alhamduilillah..usaha saya direct breastfeeding sekerap  yang boleh..membuahkan hasil..bintang hati saya beransur pulih dengan cepat..sedangkan patient yang menegur saya tempoh hari...anaknya terpaksa tidur di bawah lampu lullaby untuk jangka masa yang agak lama pada saya..iaitu lebih kurang 3 hari lebih... Walaupun bintang hati saya nampak sihat sepenuhnya, saya terpaksa duduk lagi di hospital selama  6 hari...memandangkan prosedur hospital harus diikuti bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku pada bintang hati saya..(sebenarnya saya juga sakit masa berada di hospital..nnti saya ceritakan di entri lain ye..:-))..

       Kami berdua dibenarkan pulang ke rumah pada hari ke-9...memandangkan ujian darah yang dibuat pada hari ke-9..tidak menunjukkan simptom2 jaundice....saya rasa gembira sangat sebab dapat balik ke rumah..Rumahku Syurgaku...akan tetapi sebelum itu, saya telah dimaklumkan oleh doktor supaya  menjaga segala benda2 yang perlu dielakkan dan dijauhkan dari bintang hati saya supaya tidak mendatangkan mudarat pada si kecil saya...antaranya ialah jauhi KACANG PARANG (tak boleh makan dan sentuh)...segala jenis UBAT GEGAT...segala jenis UBAT NYAMUK...segala jenis UBAT-UBATAN TRADISIONAL seperti Jamu (no Jamu dalam pantang ye...kesiankan saya)., ubat senseh dan sebagainya...serta MEMBERI UBAT-UBATAN SENDIRI TANPA ARAHAN DOKTOR...
kacang parang..(Fava Bean)

Ubat Gegat (Naphthalene-Moth Ball)

     Doktor juga berpesan pada saya agar saya membuat salinan yang banyak pada risalah yang diberikan dan memaklumkan pada doktor lain, cikgu sekolah dan orang berkenaan agar mereka tidak tersalah bagi ubat pada kanak-kanak G6PD terutamanya kepada bintang hati saya..dan apa yang saya pasti...G6PD ini akan dialami bintang hati saya sepanjang hayatnya..kerana tiada rawatan lain yang membolehkan enzim G6PD terbina sendiri dengan banyaknya..

Isnin, 6 Disember 2010

Milk Booster part 1....

     Arini saya nak berkongsi pengalaman mengenai Milk Booster yang saya minum bagi menambahkan susu badan..saya juga seperti ibu di luar sana..adakalanya saya sangat risau mengenai production susu badan saya untuk si bintang hati saya ni..sama ada saya dapat menyusukan bintang hati saya sehingga 6 bulan pertama atau tidak...dan seterusnya sehingga 2 tahun  seperti yang tertulis dalam kitab suci Al-Quran..saya bersyukur sangat...sejak lahir bintang hati saya ini...tidak pernah lagi dia disuapkan dengan susu formula...bintang hati  saya diberikan susu badan ketika saya masih berada dalam wad bersalin lagi setelah  doktor menyelesaikan tugasnya (kerja jahit-menjahit..hehehe)..Trima kasih sesangat kepada nurse2 di PPUM...mungkin sebab utamanya ialah bintang hati saya menghidapi G6PD...doktor menyarankan saya menyusukan bintang hati saya sekerap yang boleh..bagi mengelakkan kuning (jaundice) datang dengan cepat atau serta-merta...sebab salah satu simpton bagi baby G6PD sekiranya tidak dipantau dengan lebih teliti ialah baby akan mendapat kuning dengan serta-merta, pucat, demam..dan yang paling saya takuti ialah air kencing baby berdarah atau berwarna teh pekat...oklah...apa itu G6PD..akan saya cerita di entri akan datang k...

       Berbalik pada topik kita kali ini...Rentetan daripada kerisauan terhadap production susu yang tak menentu..saya berusaha membuat sedikit research di pelbagai web..blog..etc..untuk mendapatkan info mcm mana nak meningkatkan production susu badan...hehhehe...banyaknya info saya dapat...tapi kebanyakkan menyatakan keberkesanannya bergantung pada empunya badan masing-masing...tak semua serasi dengan badan kita...oleh yang demikian,..saya amik keputusan untuk mencuba beberapa tips yang saya perolehi dari research yang saya buat...Yang pertama saya cuba adalah makan lobak putih...pelbagai jenis masakan yang menggunakan  lobak putih saya buat..tapi hasilnya kurang memberangsangkan...kemudian saya cuba pula dengan Halba @ fenugreek...butiran kecil  yang berwarna coklat dan mempunyai bau yang sangat wangi..
Inilah rupanya Halba..
saya mencubanya semasa dalam pantang...apa saya buat..saya ambil dalam satu sudu halba ..kemudian saya rebus..dan air rebusan tu saya minum (rasanya...yaksss...seriously, tak sedap langsung..hehehe)..dan hasilnya..hmm..tak memberangsangkan..mungkin tak serasi dengan badan kot...

   Kemudian, saya cuba pula minum air tin Longan dan Kurma (Longan Red Date) brand SEASON...

Longan Dan Kurma Brand SEASON
      Fuuh...dalam pukul 8.00 mlm saya minum...saya dapat rasakan yang B saya mula membengkak dalam pukul 11.00mlm..keliling aerola saya mula ada rasa sakit sikit..Then dalam pukul 3.00 pagi, saya terpaksa bangun..bukannya nak bagi susu pada bintang hati saya ..tetapi saya terpaksa mengepam keluar susu di badan saya kerana kesakitan daripada bengkak B saya yang sungguh menusuk..hehehe..dan hasilnya..TaRAaaa....

Pertama kali dapat dekat 7 Oz pada 1 sesi... :->

   Alhamduilillah..rezeki bintang hati saya..tapi suami saya kata rezeki dia jugak..hehehe.hari itu, saya dapat mengepam dalam 19oz -20oz buat pertama kali dalam masa satu hari sehingga pukul 12 tghmalam..biasanya dalam 12oz - 13oz jer...ini bermakna saya dah jumpa Milk Booster pertama yang bersesuaian dengan badan saya...Misi pertama saya sudah berjaya...selepas ini, saya nak cuba petua yang lain pula...contohnya sengkuang cina..pegaga dan lain-lainlah..Mulanya saya takut jugak nak mencuba..takut bengkaknya tak surut..tapi selepas satu hari sesi membengkak, esoknya sudah kembali normal..apa yang saya perasan...productionnya semakin meriah...tidak seperti sebelumnya...yang kelakarnya setelah selesai satu masalah..masalah lain pula yang datang...hehehe...nak tahu tak apa masalah selepas tu...masalah menyimpan stok EBM yang makin bertambah...hahhaha...freezer kat rumah dah makin penuh..tak tahu nak sumbat kat mana lepas ni..harap2 adalah rezeki nak sambar deep freezer satu kat kedai...Bak, mama mintak tolong ye...tolong belikan Deep Freezer satu ya...hehehe...oklah..sekian untuk kali ini...wasalam..



Ahad, 5 Disember 2010

Salam Ber"Blog".....

Alhamduilillah..syukur ke hadrat Illahi..akhirnya berblog jugak akhirnya saya....sebenarnya saya ni agak liat jugak nak mengarang...lebih suka membaca blog orang ataupun lebih suka menjadi Silent  Reader...tapi kekadang tu teringin gak nak menulis something yang boleh share sesama kita... 'Sharing is Caring' kan..Perjalanan hidup saya tak derlah sehebat mana pun...Seharian menjalani kewajipan sebagai seorang isteri dan ibu kepada bintang hati saya yang baru berusia 1 bulan 24 hari...Harith Eimran bin Mohd Eizam...

My Harith Eimran...

Dilahirkan pada 11hb Oktober 2010 pada jam 9.22 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya..Secara normal dengan bantuan Vacuum...dah tak de tenaga nak push keluar...sebab berjaga dari pukul 11.00mlm sampailah pukul 6.00 pagi..tapi apapun bintang hati saya ni memang kuat orangnya...saya sendiri terkedu dan sebak sangat melihat bintang hati saya ni apabila saya sendiri terlihat sebanyak 3 lilitan tali pusat berbelit  di leher anak saya sebaik sahaja doktor  me'landing'kan bintang hati saya di atas perut saya ..dengan mata yang cerah dan bulat bintang hati saya..kita saling menatap mata satu sama lain...hehehe...mcm dah nampak jer gaya dia..hehehe....Alhamduilillah..

Disahkan oleh doktor yang bintang hati saya ini mengidapi G6PD Deficiency ...iaitu kekurangan enzim dalam sel darah merah bagi mengelakkan  sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal... yang mana pengidapnya adalah di kalangan kanak-kanak lelaki...manakala kanak-kanak perempuan berperanan sebagai pembawa.....Luluh hati saya masa dengar penerangan doktor kanak-kanak aritu...Masa tu, terdetik dalam hati ni..sihat ke bintang hati saya ni?...apa benda lah G6PD ni?...Sepanjang hidup saya, inilah kali pertama saya mendengar istilah G6PD....Dulu adik-adik selalu gak keluar masuk hospital tapi tak pernah pulak dengar pasal G6PD ni...Walau apapun...akan saya tetapkan hati supaya mengharungi segala dugaan yang mendatang dalam hidup ini...Untuk bintang hati mama..Harith Eimran..mama akan pastikan bintang hati mama ni sihat selalu hendakNya....Buat Bak (nama timangan buat Suami Tercinta)...Terima Kasih segalanya...kerana membuat mama rasa tenang dan tenteram selalu...;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...