Ahad, 5 Disember 2010

Salam Ber"Blog".....

Alhamduilillah..syukur ke hadrat Illahi..akhirnya berblog jugak akhirnya saya....sebenarnya saya ni agak liat jugak nak mengarang...lebih suka membaca blog orang ataupun lebih suka menjadi Silent  Reader...tapi kekadang tu teringin gak nak menulis something yang boleh share sesama kita... 'Sharing is Caring' kan..Perjalanan hidup saya tak derlah sehebat mana pun...Seharian menjalani kewajipan sebagai seorang isteri dan ibu kepada bintang hati saya yang baru berusia 1 bulan 24 hari...Harith Eimran bin Mohd Eizam...

My Harith Eimran...

Dilahirkan pada 11hb Oktober 2010 pada jam 9.22 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya..Secara normal dengan bantuan Vacuum...dah tak de tenaga nak push keluar...sebab berjaga dari pukul 11.00mlm sampailah pukul 6.00 pagi..tapi apapun bintang hati saya ni memang kuat orangnya...saya sendiri terkedu dan sebak sangat melihat bintang hati saya ni apabila saya sendiri terlihat sebanyak 3 lilitan tali pusat berbelit  di leher anak saya sebaik sahaja doktor  me'landing'kan bintang hati saya di atas perut saya ..dengan mata yang cerah dan bulat bintang hati saya..kita saling menatap mata satu sama lain...hehehe...mcm dah nampak jer gaya dia..hehehe....Alhamduilillah..

Disahkan oleh doktor yang bintang hati saya ini mengidapi G6PD Deficiency ...iaitu kekurangan enzim dalam sel darah merah bagi mengelakkan  sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal... yang mana pengidapnya adalah di kalangan kanak-kanak lelaki...manakala kanak-kanak perempuan berperanan sebagai pembawa.....Luluh hati saya masa dengar penerangan doktor kanak-kanak aritu...Masa tu, terdetik dalam hati ni..sihat ke bintang hati saya ni?...apa benda lah G6PD ni?...Sepanjang hidup saya, inilah kali pertama saya mendengar istilah G6PD....Dulu adik-adik selalu gak keluar masuk hospital tapi tak pernah pulak dengar pasal G6PD ni...Walau apapun...akan saya tetapkan hati supaya mengharungi segala dugaan yang mendatang dalam hidup ini...Untuk bintang hati mama..Harith Eimran..mama akan pastikan bintang hati mama ni sihat selalu hendakNya....Buat Bak (nama timangan buat Suami Tercinta)...Terima Kasih segalanya...kerana membuat mama rasa tenang dan tenteram selalu...;)


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nama anak kita sama lah, lahir pun pd tahun yg sama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...