Hehehe...mungkin dah lambat nak post citer pasal Maulidur Rasul ni..tapi tak pelah...i tetap nak citer jugak..heheheh...tak sempat nak update aritu...ada budak chuymeity kacau..pantang tengok mama dia menghadap PC..dia pun tumpang sekaki...hehehhe...last2 biar mcm tu jer..My hubby aka Bak..sebelum subuh dah kuar rumah..sebab terlibat ngan perarakan Maulidur Rasul kat Putrajaya under jabatan dia...
Bak n Khairul Nizam....di pagi sambutan Maulidur Rasul.. |
Bak punya team....Bak tak de dlm pic.. |
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim) |
Tokoh Maulidur Rasul tahun ini adalah:
Bekas Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan Bekas Mufti Negeri Sarawak Datuk Seri Anis Abot
Selain Datuk Seri Anis Abot, seramai lapan tokoh lagi terpilih menerima anugerah. Antaranya:
- Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut;
- Timbalan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan;
- Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam, Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Abdul Karim
- Penasihat Syariah, Pusat Fiqh Muamalat, Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, Mohd. Bakir Mansor.
- Pengurus Besar Pembangunan Kandungan dan Penyelidikan Program Al Hijrah Media Corporation, Che Wan Alias Wan Abdullah
- Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.
- Khairunnisaq Khairuddin - pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, Kota Tinggi dan penerima Anugerah Murid Cemerlang Calon Berkeperluan Khas (CBK) Fizikal yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan