Assalamualaikum semua...
So today dah masuk hari kedua kita berpuasa..masing2 mesti ada something or anything else yang buat kita happy utk share bersamakan...kalo yang tak suka...nak buat mcm mana..kita layankan jelah...mcm i..i love to cook soooo much...cuma waktu yang membataskan i sekarang ni..mcm2 i nak masak...so payah sikitlah bila TIME jadi alasan sebagai penghalang nak buat sesuatu kan..
Hmm...oklah...actually I just nak share resepi yang I rasa dengan confidentnya..sedap n yang sememangnya sedap..Atas permintaan kengkawan n my beloved Sister in Law..i sharekan resepi yang mmg wajib ada sekali dalam menu berbuka puasa setiap tahun..iaitu..."Caramel Pudding" ataupun "Puding Karamel Gula Hangus"...actually I ada 2 resepi yang I suka..So, let's look out..
Resepi yang first ialah...Caramel Pudding..yang ni agak manis n sememamgnya manis... I masak cara mengukus (guna periuk kukus lah kan )...kalo nak bakar pun boleh jugak..resepi ni I dah lupa I amik kat mana sbb I tulis dalam diary...so cedok dari mana, I pun dah lupa...so empunya resepi ..sori ye..I m really don't remember this recepi belong to whom....tapi resepi I ni sama sebijik seperti blogger hanamemories.blogspot.com yang punya...kalo nak melawat dia silakan ke http://hanamemories.blogspot.com/2012/07/puding-karamel.html. Oklah, let's go through the ingredients :-
Bahannya:-
Utk Karamel
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Utk Puding
5 biji telur ayam size B (Jika Size A, 4 biji)
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
150ml air biasa
Cara2nya:-
1. Sediakan
karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga
keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
2. Dalam mangkuk,
satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar
pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang
karamel.
3. Kukus selama 45min
atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn
aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.Sejukkan kemudian
terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Ok, next is ..ni resepi yang second pulak..diberi nama "Caramel UpSide Down Cheesecake"...I amik resepi ni dari empunya diri yang bernama Evelyn Gemima...tapi i tak buat cake dia..sbb ada masalah teknikal sikit semalam..so i cuma buat dia punya pudding jer....boleh rujuk resepi n gambar kat blog dia..http://mybakingworkshop.blogspot.com/2013/06/caramel-upside-down-cheesecake.html ....thumbs up untuk Evelyn Gemima..sbb setakat ni resepi dia mmg menjadi kalo follow betul2..tak tipu punya...peng'Share' yang sememangnya ikhlas nak share resepi dia..thank you so much Evelyn...Oh ye..before i terlupa..pudding ni sesuai sangat pada org yang mengutamakan kesihatan...sbb pudding ni kurang manis..manis dia terletak pada karamel..so beware ye kengkawan masa buat karamel..jgn sampai terhangus nnti pahit jadinya...
Bahan2nya:-
Topping / Karamel
250g gula Kaster
250ml air
extra 2 sudu besar air
Cara2 membuat topping/karamel:-
1. Satukan gula & 250ml air dalam periuk.
Panaskan atas api perlahan sambil mengaul hingga gula larut.
2. Kemudian, biarkan mendidih tanpa mengacau hingga bertukar warna
keperang-perangan. Matikan api.
3. Masukkan 2 sb air & senget2 kan periuk, biar
air bercampur dengan karamel.
4. Tuang 2/3 karamel dalam loyang bersaiz 8 inci.
Ketepikan & simpan lebihan karamel tadi.
***(Disebabkan I tak buat cake, I tuangkan semua karamel tu dalam loyang).
Bahan Untuk Pudding:-
10 biji kuning telur
2 biji telur
3 sk esen vanila
500ml susu segar
300ml whipping cream
80g gula kaster
250g mascarpone cheese, kacau sedikit hingga lembut
Cara2 membuat pudding:-
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. (perkara wajib, jgn dilupai)
2. Satukan kuning telur, telur & vanila dalam
mangkuk. Kacau guna hand whisk hingga berbuih.
3. Dalam periuk, satukan pula cream, susu segar
& gula. Kacau atas api perlahan hingga gula larut & biarkan mendidih.
Matikan api & biarkan 5 minit baru dituang dalam campuran kuning telur (langkah 2) tadi sambil mengacau. Saringkan & biarkan sejuk.
4. Masukkan mascarpone cheese, gaul rata.
5. Tuang adunan ke dalam loyang berisi karamel
tadi. bakar selama 45 minit guna teknik waterbath. Sementara itu, sediakan pula
basenya.
****(I stop sampai sini saje..hehehe..kalo nak buat cake dia..pegilah jenguk kat blog dia ye kengkawan..hehehehe)
6. Sejukkan pada suhu bilik & simpan dalam peti sejuk semalaman Terbalikkan kek atas pinggan dan hidangkan utk dinikmati semasa berbuka puasa...(I tak tunggu semalaman, lepas kuar dari oven..tunggu dalam 10 minit...agak2 dah sejuk..terus terbalikkan..zooomm..terus masuk dalam peti sejuk..bagi sejuk..hehehhe)...then hasilnya..taaaraaaa....
|
I namakan "Caramel Cheese Pudding"...kihkih... |