Ahad, 27 Februari 2011

Kekurangan G6PD (G6PD) Bahagian 2

Assalamualaikum kengkawan semua...

Harith ketika di usia 3 bulan 5 hari..dah mula pandai hisap jari..

Lamanya saya tak menulis sesuatu di blog saya..di akhir bulan Februari ni..baru hari ini, saya punya kesempatan sedikit waktu untuk menulis dan menceritakan apa yang dah berlaku dalam kehidupan saya sejak kebelakangan ini..saya lebih suka berkongsi perasaan saya di blog ini berbanding di facebook..bagi saya ruang untuk meluahkan segala  isi hati saya di facebook sangatlah limited..itu pada pandangan saya..saya rasa seperti tak de kepuasan meluahkannya di dalam facebook..Betullah..ada seorang hamba Allah tu menyatakan saya ni seorang yang sangat merumitkan..melecehkan..dan suka sangat pada perkara2 yang complicated..hehehe..bukannya saya nak mengungkit kisah lama..Cuma saya tak nak bersikap HIPOKRIT..dan akuinya itulah diri saya yang sebenarnya..

Hehehe..di suatu pagi yang indah..tak tahulah apa pe'el Harith pagi tu..

Walau apapun...Alhamduilillah..saya punya Mr.Bak, keluarga, bos, kengkawan yang memahami dan menerima ke’COMPLICATED’nya diri saya ini. Dan atas kelebihan yang saya ada ini, saya dapat berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup ini dengan hati yang tenang dan mudah..hehehe..sebenarnya tuhan jer yang tahu apa yang saya harungi selama ini...berkat KESABARAN dan KESANGGUPAN menghadapi dugaan yang mendatang..Alhamduilillah..segala urusan saya dipermudahkan..saya rasa bersyukur sangat.. =>...

Bak, Harith n Mama..=)
Entry kali ini, saya menyambung cerita mengenai kekurangan G6PD yang dialami bintang hati saya yang sorang tuh..Harith Eimran..Kali ini berkisarkan mengenai pewaris yang berpotensi mengalami kekurangan G6PD ini..Maklumat tersebut saya terjemahkan daripada satu laman sesawang yang selalu saya lawati untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai G6PD Deficiency...Oleh itu, bagi mereka yang berminat, bolehlah klik kat sini ya...

Carta Pewarisan Kekurangan G6PD


Peneman Setia di sisi saya dan Harith Eimran ketika Harith tido di bawah lampu Lullaby..=P


Kebiasaannya G6PD Deficiency akan diwarisi dari satu atau kedua-dua ibu bapa anda.

Ia tidak boleh diwarisi dari seorang kepada yang lain dalam apa-apa cara lain seperti hembusan nafas, berkongsi makanan dan yang sewaktu dengannya.

Lelaki berkemungkinan boleh jadi salah seorang yang mengalami G6PD Deficient atau tidak. Manakala perempuan pula berkemungkinan boleh juga menjadi seorang yang mengalami G6PD Deficient, Separa Deficient (yang lebih dikenali sebagai pembawa) ataupun tidak.

Carta berikut menentukan kebarangkalian pewarisan bagi mereka yang mengalami G6PD Deficiency.:-

Sekiranya Bapa ialah UNAFFECTED,  ibu ialah UNAFFECTED.
• Kesemua anak-anak mereka akan menjadi UNAFFECTED.

Sekiranya Bapa ialah G6PD DEFICIENT ,  ibu ialah UNAFFECTED.
• Semua anak-anak lelaki akan menjadi UNAFFECTED.
Semua anak-anak perempuan akan menjadi PARTIALLY DEFICIENT.

Sekiranya Bapa ialah G6PD DEFICIENT , ibu ialah PARTIALLY DEFICIENT.
Daripada dua anak lelaki, satu akan menjadi G6PD DEFICIENT dan yang lain akan menjadi UNAFFECTED.
Daripada dua anak perempuan, satu akan menjadi PARTIALLY DEFICIENT dan yang lain akan menjadi G6PD DEFICIENT.

Sekiranya Bapa dan ibu ialah G6PD DEFICIENT.
• Semua kanak-kanak akan menjadi G6PD DEFICIENT.

Sekiranya Bapa ialah UNAFFECTED, ibu ialah PARTIALLY DEFICIENT.
Daripada dua anak lelaki, satu akan menjadi G6PD DEFICIENT dan yang lain akan menjadi UNAFFECTED.
Daripada dua anak perempuan, satu akan menjadi PARTIALLY DEFICIENT, UNAFFECTED yang lain

Sekiranya Bapa ialah UNAFFECTED, ibu ialah G6PD DEFICIENT.
Semua anak-anak lelaki akan menjadi G6PD DEFICIENT.
Semua anak-anak perempuan akan menjadi PARTIALLY DEFICIENT.

Dalam kes saya, saya berkemungkinan adalah pembawa..dan Bak tidak mengalaminya..berkemungkinan saya diwarisi daripada keluarga sebelah bapa saya..memandangkan keluarga bapa saya lebih familiar dengan situasi baby yang mengalami G6PD Deficiency..dan sebaliknya keluarga di sebelah ibu saya..Kesemua adik-adik lelaki saya tidak mengalami G6PD Defienciency..dan dalam adik-beradik perempuan saya..hanya saya seorang yang dikenali sebagai pembawa G6PD dan yang lain tidak mengalami..walau apapun yang berlaku..tidak kira samaada saya pembawa ataupun tidak, akan saya pastikan kesemua langkah-langkah berjaga dititikberatkan supaya tidak akan ada berlaku perkara yang tidak diingini berlaku terhadap bintang hati saya yang sorang tu....
Harith di usia 4 bulan 6 hari..
Harith bersama satu-satunya sepupu keluarga di sebelah Bak...Kakak Nurul...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...