Isnin, 31 Januari 2011

Dunia Baru..=)

Salam semua..
        Hujan...ermmm...bestnya cuaca kat luar sana skang ni..either it 'hujan rahmat' or not..terpulang pada masing-masing punya pandangan..tapi bagi saya..ianya adalah hujan rahmat buat saya..thank to Allah...mungkin inilah dinamakan rezeki anak..rezeki bintang hati saya Harith Eimran...walaupun sedih meninggalkan kengkawan yang baru, lama and our bos..tapi kehidupan ini perlu diteruskan...dan saya punya misi n visi yang perlu saya realisasikan sebelum masuk tahun hadapan..

terima..
       Minggu lepas banyak perkara telah berlaku..semuanya berlaku sekelip mata..macam tak percaya yang saya sudah tidak menjadi sebahagian keluarga UOA (sengaja tak letak nama company kerana ianya PNC, Private N Confidential.).satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan kerana di situlah kerja pertama saya  menapak selepas menamatkan ijazah saya di UiTM Pulau Pinang..Selama 3 tahun 8 bulan, saya berada di situ... banyak perkara saya belajar di situ..tak semua yang kita belajar semasa belajar di ipta dipraktikkan semasa keje terutamanya bidang kejuruteraan ni..itu semua hanyalah fundamental  sahaja..selebihnya atas usaha kita sendiri ..samada kita nak ke hadapan atau ke belakang..


With My Pleasure...hehehe..
    Selepas ni...tempat baru..kawan baru..harap2 sangat ianya memberi satu peluang yang sangat berguna buat diri saya dan keluarga saya..tempat mengembangkan kerjaya saya supaya lebih berjaya....dan yang paling penting lebih RM ..RM..RM....hehehehe..itu adalah kenyataannya bagi setiap orang yang bekerja..mana ada orang nak buat keje free...
     Buat kengkawan yang masih di company lama...semoga korang success slalu n berjuang hingga akhir k...dan buat kengkawan yang sudah menemui cahaya baru...jangan lupa kawan yang sorang ni ya...always keep in touch k...

Makan2 di luar...

Sempat bergambar masa keje..main2 time..hehehe..
Makan time...paling depan A.Din, Farid, Ody, Epie, Me, Ruslina (diri)..

Paling Kiri : Ruslina, Me, Farid, Ody..

For All of U guys..


My Workplace...tinggal kenangan..


Jumaat, 14 Januari 2011

Besday Bos...n Asma-UM..

Salam semua..Especially kengkawan lama yang sudah menemui cahaya baru di luar sana..hehehe..
     Buat kengkawan yang lama sudah meninggalkan ofis...bawah ni ader gambar present for our bos yang telah  banyak menurunkan ilmu beliau pada kita semua especially kepada mereka yang bergelar E.N.G.I.N.E.E.R..hehehe..Sedihnya bila tengok reaksi our bos masa dia terima present ni...Nak kata happy tak jugak..nak kata sedih pun tak jugak..tuhan jer yang tahu apa yang tersirat dalam hati dia..Moga2 tuhan memberkati hidup our bos sehingga ke akhir hayat..
Present For Our Bos..
Moga2 Our bos ingat pada kita semua...
Birthday Wish from Ex-Staff n Staff 2011..
   Dah alang2 menulis pasal ofis kat sini...Khas buat Cik Asmah Hamim....di sini ada sebahagian foto yang akak ambil masa pegi meeting di UM pada minggu lepas...projek yang Asmah jaga dari Design stage hinggalah construction dan separa Defect Liabiliti Period dah siap sepenuhnya...sekarang ni tgh tunggu DLP tamat..then our bos kata boleh tutup buku sudah...
Pandangan di jalan masuk Pusat Sukan UM
Di Hadapan Roundabout...
Pandangan dari TNB Substation..
Pandangan Courtyard...
  Hopefully Asma hapi sbb projek dia successful done...Skang ni akak tgh bertungkus lumus nak tutupkan akaun untuk beberapa projek yang masih hang lagi...hopefully akak mampu melakukannya..Insyaallah...Amin..

Rabu, 12 Januari 2011

Kalendar Comel dari Sarakids

Salam semua...=)


Cenderahati dari Sarakids..Tima kasih Sarakids..
       Kelmarin saya dapat kalendar comel dari Sarakids...macam mana bleh dapat kalendar tu??...hehehe..saya hantar gambar Harith dgn EBMnya ke Sarakids untuk project board diaorang...Sajer hantar..suka-suka...Trima kasih Sarakids...http://www.sarakids.com/blog/..saya slalu mengikuti citer2 terkini di blog sarakids tu terutamanya mengenai penyusuan susu ibu..at least adalah ilmu baru yang saya belajar...heheh..
Abadikan Kalendar dari Sarakids di CPU saya...
Dari kiri : k.Halwani, Epie, Ina, Saya, Zetty, k.Yan dan K.Ros (duduk)...Bergambar bersama di hari terakhir k.Ros di Ofis...Moga2 panjang umur kita jumpa lagi ye k.Ros...Will Miss u Soo Much...
Gambar Harith Eimran yang terbaru...di usia 3 bulan...

Sabtu, 8 Januari 2011

Waahh...penatnya...

    Salam semua...sejak masuk kerja balik pada pertengahan bulan lalu....hanya tuhan jer yang tahu..betapa penatnya saya...mahunya tak penatnya...banyaknya keje kat ofis yang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada saya..sampai nak ber'Blog' pun..asyik tak sempat jer..Sebelum ni boleh lagi..sbb saya dalam waktu berpantang..masa yang terluang..saya isikannya dengan menghadap laptop ni..dah puas duduk berehat kat rumah..dan kini sudah sampai masanya bekerja keras untuk mencari sesuap nasi...Bintang hati saya Harith..semakin hari semakin temban dan sihat..

Harith yang senyum meleret...
  Alhamduillillah...setakat ni tak der lagi perkara yang tak diingini berlaku pada Harith sepanjang saya bekerja semula...Hari2..sebelum pukul 7.00 mlm saya akan pastikan Harith telah diambil dari rumah pengasuh..Cuma kebelakangan ni asyik ujan jer...kesian Harith..ada skali saya ambil Harith pukul 8.00mlm sbb hujan yang lebat sangat...yelah..saya menumpang motor Bak ke tempat keje...Bila ujan turun dengan lebat..terpaksalah berenti berteduh sekejap...bahaya kalo menunggang motosikal dalam ujan...jalan licin....takut lah..

Suasana Di Bangsar...sejuknya...

Kesian Bak...
  Saya bekerja di area 'Golden Triangle'... mmg menguji kesabaran kalo memandu..lebih2 lagi kalo musim hujan..tuhan jer yang tahu..kalo keluar ofis pukul 5.30 ptg..sampai rumah mungkin dalam pukul 8.00 mlm... Bila saya menumpang Bak...bolehlah main dgn Harith lama skit...Tapi kalo saya menghadapi hari yang memenatkan..mujurlah saya ada Bak yang memahami keadaan saya di sisi saya...Bak akan mengambil alih tugas saya untuk mendodoikan Harith di malam hari di kala saya kepenatan..Kalo saya tak penat...saya sendiri yang akan medodoikan Harith sampailah Harith tido...

Bak Mithali..=>
       Setiap malam saya akan terjaga 2 jam skali untuk menyusukan susu badan kepada Harith..tiada istilah tidur yang cukup dalam kamus kehidupan harian saya sejak kehadiran Harith di dalam hidup saya...Saya perlu memotivasikan diri saya sendiri supaya saya tidak patah semangat untuk menyusukan Harith...mmm...sebenarnya bukan mudah...yang penting jangan MUDAH PATAH SEMANGAT....
       Waktu bangun tido saya pada setiap hari adalah pada jam 5.30 pagi..hari2 saya akan sediakan bekalan untuk Harith ke rumah pengasuh...Setiap botol, akan saya labelkan mengikut nombor..3 botol pertama (1 botol dalam 2 Oz) adalah susu EBM -Expressed Breast Milk- yang saya cairkan dari freezer...dan selebihnya -5 botol - adalah susu badan yang baru dipam...Saya lebih suka untuk menyimpan susu Harith ke dalam beg Cooler dibandingkan menumpang di dalam peti sejuk rumah pengasuh...sebabnya saya tak perlu risau bila berlakunya 'Blackout' di rumah pengasuh Harith ketika saya berada di tempat keje..

Setiap malam saya akan sediakan bekalan Harith untuk hari keesokannya...
Alhamduillillah..Stok EBM yang saya kumpul sewaktu dalam pantang...

Sebelum Harith dihantar ke rumah pengasuh..bekalan Harith dimasukkan ke dalam beg Cooler Kit yang boleh tahan 10-12 jam...Pengasuh Harith hanya perlu rendamkan botol Harith dalam air suam selama 15 minit sebelum dituangkan ke dalam botol susu MAM Harith...



  Kini umur Harith dah masuk 3 bulan (dalam 2-3 hari lagi..genaplah)..dah pandai senyum, menggapai objek yang tergantung...dan sekarang dah mula nak bercakap dgn orang..walaupun, saya tak faham apa yang dia nak katakan..Harith penyeri dalam hidup saya dan Bak kini dan selamanya...

        
Harith di Gim....
p/s :  Harap2 lepas ni saya punya kesempatan untuk ber'blog' lepas ni walaupun waktunya singkat..=)..hehehe..

Dua Tahun Susu Ibu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mari kita berkongsi pengetahuan...

Dua Tahun Susu Ibu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Waktu menyusukan anaklah waktu paling bahagia," Kak Afzan luahkan. Wajah bahagia seorang ibu muda jelas terpapar.
"Itulah saat bersama anak tanpa gangguan siapa pun," Kak Afzan menambah lagi.
Saya turut tersenyum mendengarkannya. Aura bahagia seorang ibu turut dirasa. Pelbagai topik kami bualkan. Sedikit pon tiada gangguan. Suasana dalam kapal terbang sunyi. Kebanyakan penumpang masih tidur nyenyak kepenatan.
Tiba Empat Jam Lebih Awal
Puas saya mengheret keempat-empat beg mencari penimbang di Lapangan Terbang Stansted. Semuanya gara-gara troli di lapangan terbang yang satu ini perlu dimasukkan duit satu pound! Kesemua duit pound sudah saya habiskan. Sudahlah. Redah sahaja. Alhamdulillah tempat bas diberhentikan ke kawasan utama tidaklah sejauh mana. Alhamdulillah masih mampu dan berdaya.
Selepas hampir membuat satu pusingan lengkap tawaf lapangan terbang, saya gagal menemui penimbang beg. Lalu ke meja pertanyaan. Selepas mendapat panduan, segera menuju ke tempat yang dimaksudkan.
Cis, menimbang beg pon perlu bayar? Sungguh Lapangan Terbang Stansted ini tidak percuma. Dari troli hinggalah ke penimbang beg. Bayangkan, untuk menimbang empat beg, 5 pound perlu saya belanjakan. Sudahlah.
Resah tapi buat-buat tenang. Kepala ligat berfikir. Macam mana ini, harus ditimbang dahulu beg. Sekalipun sudah ditimbang di rumah. Mungkin ada ralat. Penerbangan tambang murah tidak sewenang-wenangnya membiarkan penumpang membawa lebihan muatan sesuka hati. Keempat-empat beg terus diheret. Akhirnya, saya duduk diam sahaja di kerusi menunggu berhadapan kaunter Air Asia. Dalam hati, tanpa henti. "Ya Allah, permudahkanlah".
Tanpa di sangka-sangka, mata tertumpu pada satu kaunter tanpa penjaga. Menarik! Kaunter terbuka, tapi tiada penjaga. Penimbang percuma! Setiap kaunter disediakan satu penimbang. Beg yang didaftarkan sebagaikan Check-In Luggage perlu ditimbang dahulu dikaunter sebelum dibawa pergi. Alhamdulillah. Rezeki. Dua beg pertama diheret lalu ditimbang. Tidak lebih dari muatan maksimum 25kg yang dibayar dibenarkan. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan.
Dua Belas Jam Perjalanan
Selepas seketika, muka Melayu kelihatan. Sebuah keluarga muda. Seorang isteri dan suami, serta dua orang anak lelaki.
"Balik Malaysia?" spontan saya bertanya. Mungkin akibat kebosanan menunggu.
"Aah, balik buat visa sebagai pelajar," si isteri menjawab mesra. Itulah saat pertemuan bersama Kak Afzan sekeluarga. Pertemuan yang mengisi 12 jam seterusnya di atas kapal terbang. Penerbangan pertama 12 jam tanpa movie percuma.
Jam-jam pertama diisi dengan tidur. Masakan tidak, flight yang berlepas pada jam 1.25 pagi sudah cukup memenatkan. Sejurus take-off, masing-masing nyenyak tidur. Setidak-tidaknya saya. Lena sekali. Tetapi saya sedar, Kak Afzan disebelah tidak selena saya. Seorang ibu yang menyusukan anak sepenuhnya. Setiap 2 jam pasti terjaga. Selepas beberapa jam tidur tanpa sedar, akhirnya saya terjaga. Kak Afzan turut terjaga. Waktu biasa untuk solat subuh. Fitrah, badan terbangun dengan sendirinya. Jelas kelihatan, Kak Afzan kepenatan. Imran, anak kedua yang baru berusia 10 bulan sudah cergas selepas bangun tidur.
Melihatkan si ibu yang masih mengantuk kepenatan lantaran mengorbankan kualiti tidurnya menyusukan anak, tanpa berfikir panjang saya menawarkan untuk menjaga Imran. Andai duduk di kerusi melayan kerenahnya, pasti tidak menjadi. Saya meminta izin membawa Imran tawaf kapal terbang. Memberi peluang pada si ibu tidur selena-lenanya walaupun seketika. Kak Afzan turutkan sahaja.
Imran si kecil yang cukup comel lagi sihat badannya tidak banyak kerenah. Sepanjang mendukung Imran melihat pelbagai aksi para penumpang serta pramugari, sekali pun dia tidak menangis. Budak baik. Alhamdulillah. Jika tidak, panik juga. Sesekali saya lihat Kak Afzan dari jauh. Andai dia sudah terjaga dan mencari-cari anaknya.
Muka Imran makin monyok. Bosan barangkali. Suasana kapal terbang yang gelap lagi sunyi. Kebanyakkan penumpang masih tidur lena. Sesekali terdapat pergerakan manusia yang menarik perhatiannya. Selepas hampir satu jam setengah, Kak Afzan terjaga. Reaksi pertama seorang ibu, tercari-cari dimanakah anaknya. Saya tidak menipu. Reaksi ini jelas walaupun saya hanya melihat dari belakang. Cepat-cepat saya bawakan Imran kepada ibunya. Tambahan pula, muka Imran sudah monyok kebosanan. Andai ditangguh, takut mengundang bencana!
Imran seronok kembali ke pangkuan ibunya. Fuh, memang lenguh. Lenguh tangan mendukung. Jangan banyak merungut. Practice makes perfect.
"Walaupun tidur sekejap, tapi rasa sangat fresh," Kak Afzan berkongsi rasa.
Alhamdulillah.
Perbualan Bermula
"Akak menyusukan anak-anak sepenuhnya?" saya bertanya penuh minat. Tidak sekalipun saya lihat Kak Afzan mengeluarkan botol susu dari beg galasnya.
"Aah, kedua-dua anak akak susukan sepenuhnya. Bermula dengan Farish, kini Imran pula," Kak Afzan menjawab.
Wah menarik!
"Lebih mudah. Tak perlu membancuh susu," ujarnya lagi sambil tersenyum.
Topik susu ibu terus dibualkan. Inilah masanya untuk saya menguji ingatan. Bertanyakan kembali maklumat-maklumat yang sempat saya pahat dalam kotak memori semasa kelas breastfeeding yang dikendalikan oleh Kak Rin beberapa minggu yang lalu. Minggu-minggu semasa masih di bumi Nottingham.
Kelas Breasfeeding
Muka masing-masing serius. Masing-masing terlopong walaupun tidak secara fizikal. Ilmu baru. Pengalaman baru. Walaupun belum mempunyai anak hatta belum berumahtangga, kami berlima tidak melepaskan peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Belajar untuk masa depan. Setidak-tidaknya berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Khusyuk mendengarkan pembentangan Kak Rin. Diselang-selikan dengan pertanyaan demi pertanyaan daripada kami berlima.
"Kita buat kelaslah minggu depan. Alang-alang Kak Rin dah nak balik Malaysia juga," Kak Rin memberikan cadangan semasa makan-makan di rumah Kak Fida sempena kepulangnya tidak lama lagi.
"Baguslah, you all muda-muda sudah dapat pendedahan. Dapat ilmu. InsyaAllah mudah di kemudian hari. Tidak macam Kak Rin dulu. That is why akak nak share dengan kamu sekarang," Kak Rin menambah lagi.
Terharu dengan semangat yang Kak Rin tunjukkan. Seorang ibu yang bekerja sepenuh masa bersama Petronas, dalam masa yang sama part-time breastfeeding motivator di Ampang Puteri, kini berkongsi ilmu serta pengalamannya secara percuma kepada adik-adik undergraduate di Nottingham. Alhamdulillah, Allah sempatkan serta aturkan walaupun disaat-saat minggu terakhir saya di sana.
"Untuk menyusukan anak sepenuhnya, tiga perkara yang paling penting. Pertama, sokongan daripada keluarga. Terutama sekali suami. Diikuti ibu sendiri mahupun ibu mertua yang menjaga semasa berpantang misalnya. Kedua, penting untuk mempunyai ilmu. Ketiga, kamu perlu kuat semangat," serius Kak Rin ingatkan kami.
Memang bukan kerja mudah. Mudah sahaja putus asa. Cabaran lebih hebat buat wanita bekerja di luar rumah seperti dirinya.
"Sebelum bersalin lagi kamu perlu sudah mempersiapkan mental untuk menyusukan anak yang bakal lahir sepenuhnya," Kak Rin menceritakan satu persatu mengikut turutan sebelum bersalin, semasa bersalin, selepas bersalin dan semasa si ibu bekerja di luar rumah kelak.
"Mula membaca dan tambah ilmu tentang breastfeeding," Kak Rin menambah lagi.
"Sejurus selepas bersalin, anak-anak perlu terus disusukan. Semasa itulah colostrum atau dikenali sebagai Immune Milk dapat disalurkan kepada bayi baru lahir," penceritaan beralih pula kepada fasa semasa bersalin.
"Semasa anak yang pertama, pengalaman menyusukan anak cukup menyakitkan. Mungkin kerana teknik yang salah. Mungkin juga kerana itu adalah yang pertama kali. Breast membengkak lagi menyakitkan. Kadangkala sehingga berdarah," berkerut-kerut muka kami mendengarkannya. Biar benar?
"Saat itulah TLC amat diperlukan. Support daripada suami. Juga ada cara untuk mengubatinya dengan menggunakan krim sapu. Penting untuk kita tidak patah semangat. Andai kita berputus asa lalu menggantikan susu badan dengan susu botol lantaran kesakitan. Alamatnya, si bayi tidak lagi berminat pada susu badan. Beralih kepada susu botol yang lebih banyak mengandungi kandungan gula tiruan," panjang lebar ibu yang sudah mempunyai empat orang cahaya mata ini menerangkan.
"TLC tu apa?" sahabat disebelah mengangkat tangan bertanya. Saya juga tidak tahu apa kebendanya TLC itu. Syukur orang disebelah bertanya dahulu. Hehe.
"Tender, love and care. Memang amat diperlukan semasa kita down akibat perubahan hormon serta menanggung kesakitan pertama kali menyusukan anak. Apabila sudah beberapa bulan seterusnya, insyaAllah tidak lagi sakit," pernyataan Kak Rin melegakan kami.
"Apabila sudah bekerja kelak, ketika itulah kamu memerlukan breastpump," Kak Rin menunjukkan segala macam alatan kepada kami. Susu badan perlu di pump untuk diberikan kepada anak semasa ibu bekerja berjauhan dengan anak.
Masa terbaik untuk pump susu adalah semasa menyusukan anak. Sebelah untuk menyusukan anak, sebelah lagi dipump. Maklumat ini turut disahkan oleh Kak Afzan semasa perbualan di atas kapal terbang.
MasyaAllah!
Kebijasaan Allah Yang Maha Mencipta
"Setiap berapa jam ibu akan menyusukan anaknya?" giliran saya bertanya kepada Kak Rin.
"Setiap anak berbeza-beza. Tetapi secara kebiasaanya, anak perlu disusukan setiap dua jam. Menariknya, si ibu akan dapat mengenal pasti apabila tiba saatnya untuk si anak menyusu. Walaupun ketika itu si ibu sedang bekerja di luar rumah," Kak Rin menjawab.
"Breast akan terasa kembung dan seolah berdenyut-denyut ketika masanya tiba. Ketika itulah cepat-cepat si ibu perlu mendapatkan anak lalu disusukan sekalipun si anak masih sedang tidur. Andai ibu sedang bekerja di luar rumah, jangan menangguh-nangguh. Cepat-cepat pump susu tersebut. Andai tidak pump, mendatangkan sakit pula," Kak Rin menambah lagi.
MasyaAllah, hebatnya ciptaan Allah! Sudahlah Allah menciptakan susu ibu itu terbaik kandungan khasiatnya buat anak. Masa menyusu turut Allah aturkan begitu cantik sekali.
"Setiap dua jam? Pasti penat kan kak?" saya bertanya mendapatkan kepastian.
"Ya, setiap dua jam. Bayi lelaki lebih hebat, kadangkala menyusu hampir selama satu jam bagi setiap dua jam. Tapi selalunya, bayi akan menyusu selama 15 minit ke 30 minit untuk setiap kali. Penat? Sebab itulah kamu perlu tahu teknik merehatkan diri semasa menyusukan bayi," ujar Kak Rin. Diikuti sesi menunjukkan teknik menyusukan bayi dalam 3 posisi, ketika duduk diatas kerusi, duduk di atas tilam serta semasa baring.
Teknik perlu betul untuk menyusukan bayi baru lahir. Silap cara, bayi boleh meninggal dunia akibat kelemasan tidak dapat bernafas kerana hidungnya tertutup. Pernah terjadi apabila si ibu terlena semasa menyusukan anaknya.
"Andai caranya betul, kamu akan dapat berehat sambil menyusukan anak. Mengelakkan sakit belakang. Bahkan itulah saat yang bahagia. Mengeratkan hubungan dengan anak-anak," Kak Rin pandai bermain psikologi.
Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Tiada siapa dapat nafikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Bahkan, selama enam bulan pertama, bayi hanya diberikan susu ibu tanpa makanan lain. Jimat belanja. Tidak perlu beli susu tepung pula. MasyaAllah.
Tidak perlu juga berjaga malam untuk membancuhkan susu. Andai berjalan kemana-mana, juga tidak perlu bersusah-susah membancuh susu. Jauh lebih melecehkan berbanding menyusukan badan yang hanya perlu mencari tempat yang sesuai semasa menyusukan.
"Jangan bimbang susu tidak cukup. There is no such thing!" Kak Rin menegaskan.
"Susu badan itu sentiasa cukup. Susu badan akan sentiasa ada berdasarkan keperluan. Berdasarkan demand. Selagi kita menyusukan anak, selagi itu susu akan terus-terusan dihasilkan," Kak Rin menjelaskan.
Hebat sungguh Allah.
"Cumanya, susu jadi kering, apabila si ibu berhenti daripada menyusukan bayi. Andai si ibu sendiri yang tidak susukan, maka susu tidak akan dihasilkanlah," ujarnya lagi.
"Sekalipun anda merupakan suri rumah, anda tetap memerlukan breastpump. Susu yang siap di pump perlu dimasukkan ke dalam botol. Pastikan, setiap hari si ayah akan memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi. Ketika itulah si ayah dapat membina hubungan dengan bayi," Kak Rin mencadangkan.
Bijak!
"Cumanya, ketika memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi, elakkan si ibu yang memberikannya. Bimbang wujud kekeliruan. Bayi akan keliru antara puting botol serta puting ibu," fakta yang luar biasa dikongsi lagi oleh Kak Rin.
"Sekalipun si ayah yang menyusukan bayi dari botol, si ibu perlu duduk jauh-jauh kerana mereka dapat menghidu bau ibu," Kak Rin menambah fakta luar biasa.
MasyaAllah, sungguh hebat ikatan seorang anak dan seorang ibu. Sehingga ke tahap itu. Luar biasa.
Kelas berlansung selama satu jam setengah itu akhirnya berakhir. Namun, perjalanan buat kami berlima masih belum bermula secara peribadi. Tapi sudah bermula dengan dikongsikan bersama. Salah satunya melalui tulisan ini.
Tiba 25 Minit Lebih Awal
Penerbangan kali ini akan tiba 25 minit lebih awal. Selain topik susu ibu, bermacam-macam topik yang sempat kami bualkan. Ternyata Kak Afzan cukup mudah didekati lagi mesra. Seorang ibu yang pernah bekerja bersama Petronas, kemudian beralih arah membuat multi level marketing (MLM) dan kini bahagia serta gembira dengan apa yang sedang beliau usahakan; dalam proses menyudahkan PHD untuk terus mengajar di UPSI apabila tamat nanti. Tanjung Malim cukup sempurna buat dirinya yang ingin jauh dari kesesakan kota insyaAllah.
Penerbangan selama 12 jam tanpa movie percuma lebih bahagia kali ini. Lebih bermakna. Penerbangan 12 jam yang terakhir buat setakat ini.
Saat-saat terakhir di atas kapal terbang bertemankan Kak Afzan diselang-selikan sesi mendengar luahan rasa serta berkongsi cerita. Sempat sahaja saya berkongsi cerita buku di tangan, tulisan Andrea Hirata. Lalu filem Laskar Pelangi amat saya syorkan buat Kak Afzan mesti tonton. Ternyata, bakal pendidik ini excited untuk menontonnya. Mendengar sinopsis lebih kurang daripada saya sudah menitiskan air matanya. Tunggulah sehingga beliau menonton filemnya sendiri. Ceritakan pada saya pengalamannya.
Ternyata Kak Afzan turut berminat untuk mendalami ilmu rumah tangga. Ilmu menjadi isteri serta ibu. Tanpa berfikir panjang, buku-buku terbaru Ustaz Zaharuddin khusus buat wanita serta wanita bekerja di luar rumah turut saya kongsikan. Juga blog isteri ustaz yang sarat dengan panduan buat para isteri serta ibu. Buku-buku motivasi kekeluargaan Ustaz Hasrizal serta Ustaz Pahrol juga saya catatkan dalam bukunya. Penuh satu muka A5 dimuatkan dengan judul buku serta alamat blog selain alamat Facebook serta ID Yahoo Messenger untuk meneruskan hubungan kelak.
Biarpun saya masih belum berumahtangga, redah sahaja. Inilah masanya untuk berkongsi. Manfaat buat orang lain.
Buat Anak Muda
Benarlah, andai sedang bercinta. Andai ingin berumah tangga, fikirlah sehingga ke lampin bayi. Persiapkan diri.
Mungkin ada yang merasakan terlalu awal. Mungkin. Namun, apabila tiba masanya kelak, tiada siapa dapat mengelak. Maka, fikirlah dengan bijaksana.
Setiap perkara yang dinyatakan dalam Al-Quran itu adalah perkara yang PALING ADIL. Berulang-ulang kali Sister Fullah ingatkan.
Maka, 2 tahun menyusukan anak itu termasuk dalam perkara paling adil yang perlu ibu tunaikan buat anak-anaknya.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Zaffan Khalid merupakan graduan seni binda dari University of Nottingham, United Kingdom. Beliau merupakan editor iluvislam.com.
Sumber gambar hiasan: hijabmother
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...